Wednesday 18 May 2011

Main Peranan - Restoran Bukit Udal

Aktiviti main peranan menjadi tukang masak, pelayan dan pelanggan

Memperkenalkan tukang masak restoran
Chef Addy and Chef Irvin

Buku Menu yang di buat oleh murid bersama Ibu Bapa

Farwizah mengambil order pelanggan


Nurliyana juga asyik mengambil pesanan pelanggan

tukang masak menyiapkan pesanan makanan


Sibuk nampak....... :)

Di antara pesanan yang sudah siap disediakan...

Salam...

Sandwich Telur


Bahan-bahan sandwich telur.


Kanak-kanak dibawa ke dapur sekolah semasa membuat sandwich.



melihat proses telur direbus...
"Cigu ada bubble..."

direndam dahulu supaya tidak panas

mengopek kulit telur




mencampur dengan mayonis




murid membuat sandwich mereka sendiri

membaca doa makan

dan menikmati sandwich yang telah mereka buat.

"Nyaman cigu...."
So makanan yang dibawa dari rumah ada yang nda temakan sebab kekanyangan makan sandwich....
Alhamdullilah


Membuat Cup Kek

Resipi Cup cake

Tepung  1 cawan
Gula     1 satu cawan
Mentega atau planta 1 cawan
Sedikit baking powder
Sedikit susu cair
Sedikit esen vanilla
dan
2 biji telur

Cara membuatnya
Campur semua sekali ke dalam mixer pukul hingga sebati. Kemudian masukkan coklet rice dan gaul dengan sudu. kemudian masukkan dalam acuan cup cake bakar dalam 15 minit atau sehingga masak pada suhu 170c









mencium bau vanilla
"hmmmmm.... nyaman baunya..."

farwizah dan nurliyana menunggu reaksi shafera ketika menghidu bau susu cair....

menyentuh tekstur kulit telur..
"aiii...licin cigu..."




sedikit serbuk koko...






membubuh ke dalam acuan...



Aktiviti susulan murid melukis cup kek


menaburkan habuk pensel...



Dan Pamerkan...

Sekian




Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar Prasekolah dan Year 6 ke Tamu Tutong
Pada 12 Mei 2011
Hari Khamis

Sesuai dengan tema prasekolah pada masa ini iaitu tema Makanan dan Minuman, Kanak-kanak berpeluang untuk mengetahui berbagai-bagai jenis makanan dan minuman yang terdapat di tamu tersebut.
 Ibu Bapa murid juga terlibat dan melihat bagaimana proses pembelajaran anak-anak mereka ketika lawatan tersebut. Terima Kasih kepada ibu bapa yang telah melibatkan diri ketika itu.


Berbaris sebelum bertolak




Kanak-kanak merasa seronok menaiki bas sesuai dengan tema seterusnya iaitu tema kenderaan. Kebanyakan mereka merasa menaiki bas sebagai pengalaman pertama.


Sampai ke destinasi...

Gambar Oleh Cikgu Salor (ayah kepada salah seorang murid prasekolah iaitu Irvin dan Tahun 6 iaitu Nalie)

teruja melihat ikan betutu




berpeluang melihat binatang
Year 6 membuat tugasan yang diberikan oleh guru masing-masing


Afhun: wah!!! telur nya lima ringgit

melihat buah-buahan 

aktiviti membeli minuman


murid membeli sendiri minuman yang mereka gemari



addy membeli keropok kering dan kuih sapit.

teruja apabila melihat permainan yang dijual


spiderman brunei....


Setelah selesai berehat sementara menunggu bas tiba


berbaris sebelum menuju ke tempat parking kereta

wajah Afhun yang gembira dan seronok setelah lawatan selesai

ada yang merasa keletihan sehinggakan tertidur sepanjang perjalanan pulang ke sekolah

 
Aktiviti susulan murid aktif bercerita pengalaman semasa lawatan tersebut. Mereka boleh menyatakan benda-benda yang mereka lihat di tamu tersebut.
Kanak-kanak juga membuat aktiviti jual beli di dalam bilik darjah.






Pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak pra. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan selamat. Terima Kasih kepada Guru Besar SR Bukit Udal atas sokongan yang diberikan.

Salam