Monday, 2 May 2011

Awal Sains untuk kanak-kanak

Timbul dan Tenggelam



Kanak-kanak menyebutkan benda-benda yang terdapat didalam bekas merah. Kemudian membuat ujikaji benda mana yang timbul dan tenggelam.








Kanak-kanak setiap kumpulan akan menerangkan kepada guru dan rakan benda yang timbul dan yang tenggelam dengan memberikan sebab kenapa benda tersebut timbul dan kenapa tenggelam.

Murid aktif dan memberi respon yang baik kepada guru. Murid digalakkan menambah benda-benda yang terdapat di dalam dan luar bilik darjah untuk diujikaji dan semasa aktiviti tersebut murid mencari dan mencuba benda-benda yang lain yang dicari sendiri oleh murid kunci, kertas, pemadam dan plastik.
(kanak-kanak suka bermain air iatah excited semasa aktiviti)
 

milo sejuk kerjatangan

Membuat kolaj nasi
Bahan:
kapas
kertas warna
gam



Kanak-kanak membuat aktiviti secara berkumpulan



Membuat milo
Bahan:
warna air
berus
bentuk gelas yang dipotong daripada kotak
crayon
gam plastik
straw

 Farwizah dibantu oleh Nurlyana ketika menyurih gelas. Latihan kordinasi tangan dan mata.

Mereka juga kelihatan berhati-hati ketika menyurih.





Menunggu lukisan mereka kering sambil bercerita tentang milo dan menyanyi lagu milo ais. Masing-masing memegang straw untuk dilekatkan pada milo tersebut.

Milo yang sudah kering...

kertas ditebuk untuk memasukkan straw...



Kanak-kanak memasukkan straw dengan cara masing-masing...

Kemudian melekatkan gam platik dibelakang supaya straw tidak bergerak..



Hasil kerja murid yang tersendiri...


Hasil kerja  murid yang telah siap dipamerkan.

Restoran Pra Bukit Udal

Memandangkan tema Makanan dan Minuman, Bilik Darjah pun berubah suasana ala-ala Restoran..
Dengan perubahan suasana bilik darjah mengikut tema murid merasa bersemangat untuk belajar kerana melihat sesuatu yang baru.



 Meja di hiasi dengan lapis meja kain, sudu dan garpu serta bunga diperbuat oleh murid sendiri. (bunga adalah hasil kerja murid iaitu melukis tangan masing-masing semasa tema diri saya kemudian dijadikan bunga dengan melekatkan tangan tersebut pada straw).



 Meja guru juga dihias dan boleh juga dijadikan meja cashier.



 Dapur restoran


  Meja dapur restoran yang terdapat makanan dan minuman.

Murid dikenalkan makanan dan minuman yang sebenar. Merasa dan membuat aktiviti masakan.



Terima Kasih

Wednesday, 13 April 2011

Puppet theatre

Membuat Puppet Theatre

Menggunakan Bahan Terbuang




Kotak Mesin Fotokopi

Lukis dan Potong mengikut cita rasa sendiri

Cat menggunakan cat dinding

Keringkan

Setelah kering, cap dengan span bentuk daun



Siap dan boleh digunakan oleh murid

Sekian